Sticker produk makanan merupakan salah satu item wajib dalam membantu para peniaga mempromosikan produk jualan. Adakalanya produk makanan yang dibuat dah bagus, sedap dan berkualiti. Tetapi sticker label yang digunakan tidak sesuai dan adakalanya tidak menggunakan sticker label langsung. Pelanggan akan tiada keyakinan untuk membeli. “Label tak cantik ni, mesti makanan ni pun lebih kurang.. ” Itu presepsi pertama pelanggan. First Impression adalah sangat penting.
Pemilihan sticker label yang betul akan mampu menjadikan produk jualan lebih baik. Lihat saja jenama-jenama terkemuka, jarang kita lihat mereka menggunakan label yang “asal ada”. Design, warna, saiz, bentuk, semua dibuat dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan keyakinan bakal pembeli.
Dengan kepelbagaian sticker yang ada, tahukah anda jenis sticker apa yang paling sesuai untuk produk makanan?
3 kriteria penting Sticker Produk Makanan
Pemilihan dari segi saiz, material, bentuk sticker serta lain-lain ciri memainkan peranan penting dalam menyerlah lagi produk jualan, kesilapan pilih sticker boleh menyebabkan produk jadi kurang menarik.
Material Sticker yang bersesuaian
Untuk sticker produk makanan ada beberapa jenis material yg boleh dipilih seperti mirrorocoat sticker, transparent sticker, whitepp sticker.
Saiz Sticker Label yang sesuai dengan bekas
Rata rata peniaga mengambil mudah dalam pemilihan saiz sticker, sehingga menampakkan produk pada asalnya menarik menjadi kurang menarik. Maka ukuran saiz standard dengan bekas yang digunakan haruslah di ketahui terlebih dahulu.
- Sebagai contoh: saiz bekas berukuran 10x10cm , anda haruslah memilih sticker bersaiz standard seperti 5cm atau 6cm.
- ELAKKAN dari mengambil sticker bersaiz terlalu kecik seperti 2cm atau 3cm.
PILIH BENTUK STICKER YANG SESUAI.
Dengan kepelbagaian bentuk sticker seperti bulat, petak, ikut potongan, jenis seal, bentuk manakah yang perlu dipilih?
Shape/Bentuk biasa bagi sticker label
Sticker standard shape merupakan bentuk sticker yang biasa dipilih seperti sticker bulat dan petak.
Sticker bulat dan petak
antara bentuk standard yang sesuai dengan pelbagai jenis packging, seperti:
- Balang
- Ziplock bag
- Plastik
- Bekas polisterin
- Botol
Shape/bentuk popular bagi label makanan
Ianya popular kerana mempunyai ramai peminat, dari segi bentuknya yang menarik, sticker jenis ini mampu menyerlahlah lagi product jualan anda.
Sticker Seal
Jenis sticker popular dan di minati ramai kerana bentuknya yang unik, walaupun bersaiz kecik, amat sesuai dilekat pada packaging bersaiz besar.
Sesuai dilekat pada:
- Balang
- Tupperware lutsinar
- Kotak kek
Sticker 10x5cm
Antara sticker besar saiz popular yang boleh dipilih, amat sesuai untuk bekas bersaiz kecik, sederhana dan besar. Memandangkan sticker ini lebih besar, lebih banyak info dapat diletakkan dengan baik.
Sesuai dilekat pada:
- Balang
- Tupperware lutsinar
- Kotak kek
- Plastik
- Botol sos/ botol sos
- Ziplock bag
Pentingnya pemilihan Sticker Produk Makanan:
Untuk meningkatkan jualan produk makanan anda, pemilihan sticker yang betul memainkan peranan yang amat penting kerana ia merupakan salah satu konsep dalam pemasaran. Pemilihan label yang bagus sekaligus menambah keyakinan pembeli produk anda.
Pastikan anda membuat pilihan yang betul untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.
Sekiranya anda memerlukan bantuan kami berkenaan dengan pemilihan label produk makanan anda, boleh whatsapp kami terus di 012-7121262 atau 017-2286050. Anda juga boleh pm kami di FB https://www.facebook.com/zeeprint.malaysia